![]() | ||
![]() | ||
![]() |
Siapakah Cayalah.com? Cayalah.com adalah bahagian rekacipta RahsiaInternet.com. RahsiaInternet.com adalah perniagaan milik Irfan Khairi Sdn Bhd. Oleh itu, team Cayalah.com akan sering dipantau oleh Dr Irfan Khairi sendiri untuk memastikan kualiti rekacipta yang disediakan adalah profesional dan bersesuaian dalam memaksimakan pulangan sesebuah laman web! Bagaimanakah sekiranya saya tidak mempunyai laman web? Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Cayalah? Boleh, tetapi, perlu menambahkan RM50 untuk perkhidmatan ini. Ini bermaksud, sekiranya anda sedia mempunyai laman web, kosnya adalah RM297. tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai laman web, kosnya adalah RM347. Bagaimanakah sekiranya saya tidak suka pada rekacipta yang disediakan oleh team Cayalah? Sekiranya rekacipta kami tidak menepati cita rasa anda, kami akan mengubahnya 1 kali. Sekiranya setelah diubah, namun masih tidak menepati cita rasa anda, kami boleh memulangkan bayaran anda 50%. Namun, ketahui bahawa, kami akan berusaha sedaya upaya dengan kemahiran yang ada untuk mencipta laman web yang profesional pada susulan yang pertama! Itulah kekuatan team rekacipta Cayalah!com. Buat masa ini, tiada lagi pelanggan yang tidak menyukai rekacipta yang kami sediakan. 100% kadar kejayaan! Bilakah saya harus membuat bayaran? Team Cayalah akan melihat laman web anda terlebih dahulu, dan sekiranya dipersetujui untuk kami membaik pulih laman anda, hanya ketika itu anda perlu melakukan bayaran. Proses kami memantau laman anda terlebih dahulu sebelum menerima bayaran oleh kerana berkemungkinan laman anda sudah sedia professional dan tidak memerlukan sebarang baik pulih. Sekiranya ini berlaku, kami akan menasihatkan anda untuk mempromosikan laman anda dalam menambahkan pelanggan. Bagaimana sekiranya laman web saya lebih daripada 7 muka surat? Harga RM297 adalah untuk 7 muka surat sahaja. Sekiranya laman anda mempunyai lebih daripada 7 muka surat, kami akan menasihatkan anda berapakah caj tambahan yang perlu di tambah sebelum meneruskan reka cipta. Oleh sebab ini juga kami memerlukan maklumat laman anda sebelum anda membuat apa sahaja bayaran. Klik di sini untuk kembali ke laman utama Sekiranya
anda mempunyai sebarang soalan, Jaringan RahsiaInternet.com Irfan
Khairi Sdn. Bhd. 84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400
Petaling Jaya, Selangor
D E. |
| HakCipta terpelihara © 2007 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. Sebarang komen atau pendapat: info@rahsiainternet.com |